CARA PENYEDIAAN
- Cuci kolagen mentah, ramas seperti basuh beras 5-6 kali
- Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh selama satu hari (semalaman).
- Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali toskan.
- Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus (lebih baik letak daun pandan kalau tak nak ada bau rumpai)
- Selepas mendidih, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti ais (stok untuk 5-6 minggu) - simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar-agar) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker.
CARA PENGAMBILAN
Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur - sebelum sarapan & sebelum masuk tidur). Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick / air buah. Sebelum minum, jangan lupa baca Bismallah dan Selawat.
PERHATIAN
- Jika boleh, elakkan minum kopi, nescafe, minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin c, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.
- Ambil bersama vitamin c untuk kesan yang maksimum dan lebih cepat dalam badan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan